Pinjaman Peribadi-i Pesara RHB

Pakej pinjaman pesara oleh RHB Islamic
Produk pinjaman pesara peribadi-i ini dilancarkan pada bulan 15 November 2010 oleh RHB Islamic Bank. Pakej ini yang berlandaskan prinsip syariah terbuka kepada semua pesara kerajaan warga Malaysia dengan had kelayakan umur dari 40 hingga 65 tahun. Pembiayaan antara RM5,000 hingga RM100 ribu dengan tempoh pembiayaan antara 3 hingga 15 tahun atau sehingga umur pelanggan mencapai 65 tahun.

Butir-Butir Pinjaman

  • Kadar untung hanya 5%
  • Pembiayaan sehingga RM100,000
  • Pembayaran serendah RM48.61
  • Tempoh maksima 15 tahun
  • Ansuran bulanan melalui pemotongan pencen
  • Pembayaran melalui pemotongan pencen bulanan

Kelebihan

  • Blacklist (CTOS atau CCRIS) layak memohon
  • Penjamin tidak diperlukan
  • Perlindungan Takaful sepanjang tempoh pembayaran
  • Overlaping dibenarkan
  • Tiada caj-caj servis sebelum atau selepas pembiayaaan.

Syarat Kelayakan

  • Untuk golongan yang berpencen tetap sahaja termasuk veteran tentera.
  • Bayaran pencen mesti di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)
  • Usia antara 40 – 65 tahun
  • Pencen mesti melebihi RM750 sebulan

Golongan Yang TIdak Layak

  • Pesara kerajaan yang tidak ada pencen tetap. Contoh – kakitangan kerajaan ┬ádi bawah Skim EPF dan kakitangan swasta.
  • Penerima pencen socso adalah tidak layak.
  • Kakitangan kerajaan yang belum bersara.