Pinjaman Pesara Tentera

tentera
Bekas anggota tentera yang menerima pencen perkhidmatan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM layak memohon pinjaman pesaran RHB. Golongan bekas anggota ATM merangkumi:

  • Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Kumpulan Yang Layak

Pesara tentera yang menerima pencen perkhidmatan pegawai dan anggota LLP yang mempunyai jumlah perkhidmatan diakui melebihi 20 tahun (pegawai) dan 21 tahun (LLP) kecuali pemberhentian atau persaraan atas alasan kesihatan.

Golongan Yang Tidak Layak

  • Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa tanpa mengira tempoh khidmat;
  • Force 136;
  • Tentera British yang berkhidmat di Malaysia/ Singapura (British Army);
  • Sarawak Rangers.

Nota Kepada Veteran Yang Mempunyai Pinjaman Pesara

Proses permohonan adalah sedikit berlainan untuk pesara tentera yang telah mempunyai pinjaman pesara. Mereka perlu enyelesaikan pinjaman pesara sedia ada sebelum atau semasa memohon Pembiayaan Peribadi-i Pesara Kerajaan. Jadi, semasa memohon pinjaman, diwajibkan untuk sertakan penyata penyelesaian pinjaman pesara. Sila pastikan penyata penyelesaian perlulah mempunyai tempoh sah selama 3 bulan.